Monday, May 18, 2009

Kesedihan membawa kita hanyut...bangunlah dan tabahlah!

Ini sekadar rentetan dari apa yang aku luahkan tempoh hari atas pemergian arwah sepupuku. Aku ingin melihat dari perspektif mata aku sendiri. Memandangkan aku lebih rapat dengan Pak Kamal (abah arwah), aku adalah orang yang tepat untuk membuat ulasan dan aku juga yang perlu mencari penyelesaian.
Pada waktu Pak Long tiba membawa Tok Nab dan mama, orang sudah mulai penuh dalam rumah atau di luar rumah. "Kenapa orang ramai kat rumah Kamal ni? Ada kenduri ke, patutla kau bawa mak balik ye Long?" Itu kata2 pertama Tok Nab yang tidak tahu apa2, sebaik2 dia turun dari kereta, nenek arwah sebelah ibunya terus datang dan memeluk besannta sambil menangis dan memberitahu perkara sebenarnya. Lalu meraung lah kedua2 nenek yang kehilangan cucu ini. Datang la abah arwah namun masih boleh tersenyum sambil bekata "buat apa nak menangis, biar je la...dah mati pun.." Seluruh alam yang ada kat situ terkejut dan terdiam dengan reaksi berlawanan pakcikku. Fikir mereka dia sudah kuat dan sedar dengan kenyataan dan keadaan pun menjadi mudah untuk segala urusan. Naqib, adik arwah lebih mengharukan keadaan, saat jenazah arwah dikafankan dan diletakkan di ruang depan, si adik bercakap dengan arwah.."Kak ngah, bangun la, jangan tinggal adik. Adik tak ada kawan kat rumah ni. Bangun la kak ngah.." Masing2 menangis dan memeluk satu sama lain. Ketika jenazah ingin dibawa ke tanah perkuburan, Tok Nab mulai meresah dan akhirnya meraung..."Aku nak ikut, aku nak tengok cucu aku....nanti aku dah tak dapat tengok dan jumpa dia lagi....aku nak ikut cucu aku.." Ya Allah, begitu meruntun perasaan yang hadir. Aku difahamkan bahawa Tok Nab tidak dibawa kerana dibimbangi badan dan semangatnya tidak kuat. Bukan apa, sudah lah kubur atuk kami cuma sebelah aje, kang jadi lain pulak. Upacara pengebumian berjalan lancar walaupun abah arwah sedikit bermasalah pada ketika menurunkan dan meletakkan pasir tanah kembali. Selesailah kat situ.
Pada sebelah malamnya, tahlil diadakan di rumah arwah tetapi berita yang memeranjatkan aku adalah yang memasak dan menguruskan segalanya tentang makanan tahlil adalah pakcik aku yang paling kedekut dalam dunia ni. Subhanallah...Allah hu akhbar! Inilah yang aku katakan Allah itu adil dan setiap perkara itu ada sebab untuk Dia jadikan rahsia. Dia mengambil dan memberi, tidak akan mungkin Dia memberi segalanya pada seorang hamba yang Dia sendiri ciptakan. Kalau setiap hambaNya menjadi sempurna, maka tidaklah pula Nabi Muhammad S.A.W itu menjadi kekasihNya.
Ibu arwah, drastik berubah. Dulu dialah yang paling teruk...maksud aku tentang hubungan dengan keluargaku dan nenekku. Dia meminta keampunan dari mama yang selama ini musuhnya. Sebabnya? Entah la...kurang pasti. Mungkin kerana dia tidak suka pada keakraban suaminya dengan kami semua. Tapi macamana dia nak putuskan kasih sayang suaminya pada aku kerana 27 tahun lalu, aku adalah satu2 nya cucu dalam keluarga ini. Aku yang mereka bela lebih dari segalanya...jadi mengapa perlu aku dijadikan mangsa permusuhan dan menjadi bahan untuk bergaduh? Inilah takdir dan kuasa Allah.
Berbalik pada abah arwah, pada waktu persiapan sedang dibuat untuk tahlil, semua orang sedang sibuk menguruskan dan menenangkan nenekku, pakcikku ini dilihat sedang duduk bersendirian di ruang tamu tempat dia selalu berada dengan arwah. Kebetulan pakcik aku yang aku panggil kedekut itu ( pakcik man) sudah pun menghantar lauk2 tahlil melalui anak paklang aku dan anak dia sendiri ke rumah arwah. pada waktu itulah semuanya melihat dan mendengar dengan jelas abah arwah bercakap seorang diri. "Ifa, tolong buat air abah jap ye...." kemudian dia berpaling ke arah dapur dan mungkin dia baru teringat anaknya sudah tiada dan dia mula bertanya pada sepupuku..."Mana anak aku? Eh...anak aku dah tak ada....anak aku..." Dan pada saat itulah, seluruh ahli keluarga mulai bergoncang ketahanan emosi mereka. Air mata janganlah dikira lagi baik perempuan atau lelaki semuanya mulai menangis. Bukan pemergian arwah tidak mereka terima tapi keadaan abah arwah yang menjadi kesedihan dan kedukaan kami.Sesudah tahlil, abah arwah duduk termenug depan tangga, tempat itulah arwah selalu duduk menemankan adiknnya bermain pada setiap petang.Keadaan berlarutan sehingga 2 kali tahlil dan sebelum pulang ke KL, Pak Long membawa mama dan Mak Long melihat keadaan Pak Kamal lagi.
Sebaik2 melihat mama dan Pak Long yang dah nak balik, abah arwah seakan baru sedar dan berkata "Kak...along, Ifa dah tak ada...anak aku dah tak ada ni". Pada masa itu pula sepupuku yang juga anak Pak Lang (study kat Mahsa College kat sini) balik dan menghulurkan jam tangan buat ibu arwah. Katanya itu permintaan terakhir arwah pada abahnya pada malam hari ibu yang lalu. Rupanya arwah sudah meminta pakcikku untuk membelikan jam buat ibunya dan pada waktu itu pakcikku terus meminta Fifi yang berada di KL ni untuk membelikan bagi pihaknya kerana dia tahu sepupu aku tu akan pulang ke kampung kami untuk bercuti. Dalam kewarasan yang samar, abah arwah menceritakan semuanya bahawa arwah tidak pernah meminta untuk dibelikan apa2 pun untuk ibunya selama ini dan permintaan ini pun arwah kata," ini yang last angah minta kat abah, belikan lah ibu jam tangan ye abah?" Seakan dia membaca ajalnya sudah dekat dan tahu mengenai itu. Apa lagi, banjirlah lagi rumah arwah dengan tangisan dan lautan kesedihan mereka yang ada.
Ada beberapa hal yang ingin aku tekankan di sini, kesedihan kerana kematian boleh ditangisi tapi bukan dengan raungan dan rintihan. Itu sudah pun melanggar hukum alam dan hukum Allah yang jelasnya. Kerana sudah termaktub dalam Sunnatullah bahawa setiap yang hidup pasti akan mati. Menerima qada dan qadar adalah rukun iman yang ke-6. Jadi apabila menangisi dan menolak kenyataan untuk merelakan kematian adalah menolak qada dan qadar. jadi di mana Iman kita? Bukan aku salahkan Pak Kamal kerana aku tahu jiwanya adalah sangat penyayang! Cuma kalau aku tak salah cakapla kan, keturunan sebelah mama ni kurang kuat untuk menerima dugaan dan kesusahan. Yang sebenarnya mereka tak kuat menerima kenyataan hidup kerana mereka kurang bersedia yang bermaksud ketabahan diri iaitu fizikal dan mental. Semua orang ada kesedihan, ada kepiluan, ada keperitan namun tidak dapat tidak kehidupan perlu dilalui sebaik mungkin. Allah telah menentukan untuk menguji sesiapa yang Dia inginkan mengikut kemampuan hambaNya tersebut. Jadi apabila menerima sesuatu ujian atau dugaan, tetaplah yakin, pasrah dan berserah pada Allah kerana Dia tahu bahawa kita mampu melalui apa yang Dia turunkan itu.
Buat Pak Kamal, bersabarlah menerima dugaan ini. Relakan dan lepaskan pemergian Ifa kerana yang pasti dia lebih disayangi Allah. Dia lebih aman dan bahagia di sana. Tetaplah yakin bahawa kita semua akan bertemu dia di sana juga satu masa nanti. Doakanlah kesejahteraan dia kerana doa ayah akan membahagiakan anaknya.
Mimi doakan segalanya akan kembali tenang walaupun mustahil untuk pulih seperti sediakala. Semoga Allah melindungi kita semua dan kita akan kembali menjadi satu keluarga yang harmoni. Amin.
Continue Reading...

Thursday, May 14, 2009

Hidup....Hanya Sesaat Untuk Tiada Lagi...

Salam buat semua...
Hidup, Kehidupan dan segalanya tentang kita yang bernama manusia ni selalu berkaitan dengan masa kerana masa itu adalah usia kita dan masa itu lah juga yang membawa kita melalui kehidupan setiap hari.
Bukan soal kehidupan semata yang akan aku coretkan kali ini tapi tentang sesuatu yang berlawanan iaitu kematian. Maaf, bukanlah aku ingin menggugat keharmonian suasana hidup kita yang sedang hidup tapi sekadar aku kongsikan perasaan yang aku lalui hari ini.

Pagi tadi (Khamis 14/5/2009) tepat jam 8.30 pagi, kami semua kehilangan seorang ahli keluarga besar kami....sepupu yang selama ini berada di mata, yang aku sendiri suapkan makan setiap kali ibunya sibuk...pergi menghadap Allah yang Maha Kuasa. Sayang...dalam usianya sudah menginjak 12 tahun, dia meninggalkan kami kerana sedikit kecuaian dan kealpaan. Begini maksudku,malam sebelumnya dia demam yang teramat panas dan tertido pada waktu yang sangat awal. kebetulan adik bongsunya juga demam lebih teruk jadi perhatian sedikit lari daripadanya dan kebetulan abahnya keluar. Pada ketika itu juga dia bangun dan ingin ke tandas, sakit perut katanya dan sebaik2 pintu tandas terkunci kedengaran bunyi orang jatuh dan ibunya terus bertanya samada dia ok dan dijawabnya ok cuma sakit perut. Selepas 5 minit ada lagi bunyi yang serupa dan betul2 pada saat itu abahnya baru memijak tangga rumah dan terus berlari ke tandas mengetuk pintu, namun sepi tiada jawapan selama 2 minit, hampir pintu tandas diumpil lalu dia membuka pintu dan abahnya masuk. Tepat2 itu juga dia terjatuh lagi dan kali ini dia benar2 sudah menghampiri ajalnya, dia tidak lagi mampu bangun melainkan muntah dengan teruk dan mukanya mulai membengkak yang teramat sangat. Meraung si abah melihat anak kesayangan longlai di depan matanya sendiri lalu dengan secepatnya anak itu dibawa ke hospital. Pak Lang dan isterinya terus bergegas ke hospital setelah abah Afifah meminta bantuan mereka. Seketika aku terdiam dan aku kira mujurlah aku tiada di tempat itu pada waktu tersebut ataupun pastilah sekarang aku yang berada di balai polis atas serangan atau kerana aku belasah nurse tersebut dengan tangan aku sendiri. Beberapa ketika maklang muda aku mula bertindak memandangkan dia juga nurse cuma berlainan bahagian dan terus memanggil doktor yang bertugas lalu si kecil di bawa ke unit ICU.....setelah koma selama beberapa ketika, tubuh kecil itu aku kira tidak lagi mampu bertahan. Abah Afifah tidak dapat menerima, lalu doktor dipaksa untuk melakukan kejutan elektrik pada dada anaknya namun sehingga akhirnya dada arwah berlubang dan ada air yang sudah keluar semuanya mengaku kalah! Tiada apa2 lagi yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan arwah. Namun aku diberitahu juga bahawa sebelum koma, arwah sempat membuka mata dan memandang sekeliling, melihat lama pada ahli keluarga kami yang bersamanya dan merenung lama abah dan ibunya juga adiknya. Kemudian dia mengukir senyum dan cuba bercakap namun bahasanya sudah pelat dan tidak jelas, yang membawa petanda dia sedang berada di hujung sakaratul maut. Pakcikku mula meraung dan memeluk anaknya yang sudah kaku tidak bernyawa lagi, memeluk dan menghalang doktor untuk menutup seluruh badan anaknya dan membantah pakcik2 ku yang lain membawanya keluar dari tempat itu. "Anak aku masih hidup, dia tak mati....aku yang kena mati dulu bukan anak aku..!" Itulah kata2 seorang ayah yang kehilangan anak. Berita yang aku terima dari Ain sedikit menggoncang ketahanan emosiku dan tidak dapat tidak, air mata mengalir laju. Sedikit terkilan kerana aku tidak dapat pulang mengiringi pengebumian Ifa kerana terikat komitmen yang amat besar dan di luar jangkaanku sebenar2nya. Nenek yang aku sayangi pada ketika Pak Long mengambil mama dan mereka yang lain pulang ke kampung pagi tadi, belum dimaklumkan tentang pemergian cucunya (kerana nenekku itu tinggal bersama mama di sini).
Sehingga saat ini aku tetap tertanya2 bagaimana keadaan Tok Nab pada saat setelah menatap tubuh kaku cucunya itu. Ya Allah, semoga nenekku itu kuat dan tidak apa2. Ain sendiri, saat memaklumkan berita ini kepada aku meraung bagai nak gila. Aku faham apa yang dia rasakan, betapa tidak, dia baru sahaja kehilangan arwah Faris (buah hati tersayang) tidak sampai 3 minggu dan tiba2 berita ini kami terima.
Sudahlah minggu lepas kami dikejutkan dengan berita tentang atuk (sebelah papa)yang kami hormati dan sayangi tidak mampu lagi bertahan lebih lama dari 4 bulan kerana kimoterapi yang dijalani setelah pembedahan akibat kanser menunjukkan kesan sebaliknya. Tersentak dan terkedu aku mendengar semua itu....tetapi atuk dan makcikku yang menjaga atuk selama ini masih tidak tahu tentang ini....(kami bimbangkan kesihatan mereka akan lebih teruk...begitu jugak nenek ku...Nek Ton.) Aku betul2 takut dan seakan2 aku jadi bodoh saat dugaan demi dugaan mendatangi ku. Dengan perasaaan yang amat longlai dan kabur, aku gagahkan jari2ku menulis dan menaip apa yang aku rasakan. Aku ingin menangis tapi seakan tersekat...memikirkan suamiku yang terlalu sibuk dengan kerja kebelakangan ini, aku jadi tidak tega untuk menitiskan walau setitis air mata di hadapannya. Lalu aku kumpulkan segala kesedihan dan kepiluan ke sudut hati dan aku lontarkan ke sini.
Sejenak, aku mula berfikir dan ingatan terhala kepada Ain, adik kesayangan aku. Tadi nada dan tutur bicaranya mendatar dan pada satu saat dia tidak lagi mampu membendung kepiluan hatinya atas kehilangan demi kehilangan ini. Lantas sekarang aku tersedar bahawa nyatalah kalau dia yang paling hiba kerana pemergian Faris tentu lebih memeritkan kerana di situlah jiwa dan perasaan nya berada, perginya Faris kerana kemalangan jalan raya membawa terbangnya semangat dan keriangan Ain. Lantas tentu lebih jerih dan perit baginya menghadapi segala ini tanpa seseorang yang selama ini berkongsi cerita suka dukanya dan orang yang akan menenangkannya jika berlaku perkara sebegini. Tentulah gelap dan kosong perasaan adikku itu.
Dan bila aku toleh ke kiri dan kanan, aku sedar yang aku masih punyai seseorang yang mendamaikan jiwa dan membuatkan aku terus tersenyum walau apapun yang berlaku.
Menerima kenyataan tentang apa yang berlaku sekarang, aku kira aku lebih banyak belajar untuk lebih menghargai apa yang ada di sekelilingku terutama tentang kasih sayang...malah aku semakin lebih menghargai setiap saat kami bersama. Aku tidak mahu merasa perasaan menyesal atau terkilan hanya setelah kehilangan sesuatu hanya kerana kebodohan sikapku.
Benarlah kata atuk dulu, "kematian sesuatu yang pasti kerana kehidupan ini sendiri adalah jalan menuju kematian, cuma masa sahaja yang menentukan dan kita perlu belajar menghadapinya serta bersedia melaluinya"
Pada saat ini aku masih lagi tersedu2 menahan tangis sedang dalam hatiku sudah terlalu berombak gelombang hiba.
Al-Fatihah buat sepupuku, SITI NADIAH AFIFAH BINTI KAMARJAN yang sudah pun diseru sebagai SITI NADIAH AFIFAH BINTI ANIZA.... Kami iringi pemergianmu dengan doa agar kau aman di sana. Amin..........
Continue Reading...

Sunday, May 3, 2009

Breakfast, Lunch & Dinner....(is it all easy?)

Hai girls....
It's takes too long for me to write here rite? hehehe...got works to do..(well u know me..)
It's hungry time but I don't think I can eat anymore becoz my hubby maybe want to put me inside the icebox if I do disobey his order not to take any food by this time (errr...I mean at nite and almost 12...hehehe) Orite GIRLS, LADIES AND WOMEN, come check out the story and facts I gained somewhere...(uh, forgot already)...
What Can't You Stop Eating?
Super salty chips, sweet buttery cake frosting, a 6-pack of Slim Jims--we all have that one scrumptious go-to snack that can cure even our worst bout of munchies. So no matter if you'd rather devour a bag of cookies or a bowl of Rice Krispies, WH wants to hear from you. What can't you stop eating? And what is it about your snack that makes it so irresistible? Feed us your stories and share your snacking secrets. Looking to make the most of your snack time? Here's
how to drop 10 pounds by snacking.
I'm really upset as many of us just ignore abut our health. As we know that being a woman gived us many responsibilities to put on shoulder then from that point we need a good health to fill all those activities started from a man to handle, kids to feeds, baby to take care, a parents who not well to treat, even for ourself...we do need a time to rilex and be cool. Anyway if someone what we named as a MOTHER,WIFE, OR EMPLOYEE get sick....can you imagine how bad and worst the life can be? Do think it now before later you regret that. Whatever it is, HEALTH IS THE TRUE WEALTH IN THE WORLD!
ops.....my eyes seems to see a pillow and bed...so, till we meet again. bye...!
Continue Reading...

Wednesday, April 22, 2009

Wedding Planner / Event Coordinator

Hola..
Saw what I wrote as a topic up there?
Uhuuuu....so glamour but with full of sick world! Got a strength to fight and build a network of supplier and everythings? Then I'll welcome you to become a Wedding Planner or maybe Event Coordinator, just like me. Actually I dn't know if I have a talent to do a creative job like this but with experience, I learn a step to another step without stop and finally I realize this is what I want to do in my life. I really can't forget how busy I am to collect all the info just to make sure the wedding become a sweet memory to remember for the bride n groom. From catering,pelamin, the wedding wear,gown n tuxedo, the akad nikah custom, also the flower girls gown with xsesori, make up, photographer,music band, p.a system,hantaran, doorgift, v.i.p doorgift, then place for event decorations is also in my hands.... Urgh...it sounds that I made it from hair to toe! Yes, absolutely I made it successfully!
When u accept a job about someone's wedding, on the 1st day u say 'yes'...is the day u started to imagine how the wedding's should be and of course to avoid something it shouldn't be. To me personally I'm not a good imaginator then I need internet help. There I collect many photo and video and study if anything that suit what my client wish. Depends, if they ask for a Malay wedding with combination of English style,or maybe they want something new and fresh....just a cozy receptions function. And there also I need to think about mix and match concept.
Urm, by the way....it's cool to learn about culture when we work for other race wedding. Then to myself, I prefer to work for a managing event schedule and what i need to do is just look to my watch and say "ok guys, it's 5 minutes more to next activity, to sing...to dance....to those and to these" so that 2 bride and groom need to obey my words. Then also my partner, have to listen to me bocoz i'm controlling the time and directly the full event of course. So, there....I'm the boss! Haahaaaa, it's cool. Ok...time to have an ice cream. Bye, see ya. (I'll upload the photo later okay)
Continue Reading...

Friday, April 17, 2009

Makan Atau Diet?







Makan Atau Diet....
Kalau semalam berat badan korang baru je ke angka 50kg, korang rasa korang akan makan ikut sedap rasa lagi x?Bagi aku yang gile makan ni, pedulik la ape jadik pun, nak mencanak ke nombor berapa pun....tapi heheehhhh nanti my kanda akan sindir aku la pulak. Sebut pasal makan ni la kan, aku cukup alah dengan fast food, coklat dan aiskrim. Ntah nape tapi yg pasti aku boleh merajuk sakan kalau my beloved tu x pedulik je bila aku minta benda2 tu...Korang rasa la kan, antara kehendak makan dengan permintaan suami tersayang untuk diet, mana satu lebih penting ehhh? Bukan la dia x bagi makan tapi dalam erti kata lain dia x suka tgk kita gemukkkkkkkk! Padahal dulu kan masa mula2 jumpa kita kurus cekeding, dia lak yang cakap ' ala sayang, makan la banyak2 sket...' Huh!Bab makan ni mengingatkan aku kat student2 aku dan adik kesayangan aku tu. Kuat betul dorang makan, kejap kang gi Marrybrown, jap kang gi makan steambot kat Johnny's then gi Chicken Rice Shop lak, pastu gi masuk kedai aiskrim... heran betul la aku dengan dorang. Lama2 aku pulak yang ambik jawatan dorang tu ha. Yang jadi masalah kat sini bila aku jadi chubby ni la....adui la! Dorang x jugak gemuk, jenis bela hantu agaknya...(hahaha....jangan marah eh tok bomoh semua). Urm, tgk je la gambar yang aku letak tu, boleh ke habis utk sekali hadap je walau pun korang tengah lapar? Uuuuuu..... Korang mesti akan pelik apsal keja dorang ni cuma makan, makan, makan dan makan serta bergambar di kedai makan.Tgk...jgn x tgk.
Gambar paling atas adalah juara segala juara makan, badan kecik tapi makan.....macam giant punya lantak. Budak ni memang kaki makan, apa korang nak kata pun dia buat tak tau jek. Nama dia Mei Hoong, anak manja la katakan. Adik aku si Aein yg pakai tudung tu pun kaki makan gak tapi tetap x leh lawan Mei Hoong. Yang Si Ke Chee lak (ala yang amoi lagi sorang dlm gmbr tu) badan kira semangat juga, mmg kaki makan sama la group kitorang ni sume jenis tolak besi logam dengan batu kapur je kami x boleh telan. tapi yg peliknya kami bertiga ni tetap x mampu lawan Mei Hoong punya makan. Bayangkan kami dah surrender coz dah full gile makan nasi ayam tu tapi amoi sorang tu masih boleh habiskan baki makanan kami ber3! Walla...!
Hu...so sekarang ni yang aku paling nak dari korang sume adalah segala info yang boleh membuatkan para wanita, dan gadis2 melepak dengan santainya walaupun kita masing2 ada problem. Info makan boleh kita sama2 kongsi utk faedah ramai. Kan....?



Continue Reading...

Antara Kita

Siapa korang? Gadis,Wanita,Perempuan atau ada apa2 lagi gelaran yang seangkatan?
Well, dalam English lak lebih kurang camni bunyi dia..(Girls, Ladies or Women?)
Ok la, walau apapun gelaran dan panggilan untuk kaum Hawa ni, yang pentingnya aku nak tnya satu je soalan yang ala-ala sengal, korang rasa korang faham dunia kaum Hawa ni?
Kadang2 pompuan pun susah nak paham pompuan, apa lagi lelaki kan? TAPI TUNGGU JAP!
Aku buat blog ni utk kaum2 aku ni dok sembang dan lebih memahami tentang orang lain dan paling penting, diri dorang sendiri... Maaf ye, bukan x invite kaum Adam tapi alahai...bagi la pulak kami sembang dan berbincang. Kalau nak join boleh aje cuma nanti kena banyak sabaq la.
Hehehe...ok girls...let's get loud!
Continue Reading...