Ini sekadar rentetan dari apa yang aku luahkan tempoh hari atas pemergian arwah sepupuku. Aku ingin melihat dari perspektif mata aku sendiri. Memandangkan aku lebih rapat dengan Pak Kamal (abah arwah), aku adalah orang yang tepat untuk membuat ulasan dan aku juga yang perlu mencari penyelesaian.
Pada waktu Pak Long tiba membawa Tok Nab dan mama, orang sudah mulai penuh dalam rumah atau di luar rumah. "Kenapa orang ramai kat rumah Kamal ni? Ada kenduri ke, patutla kau bawa mak balik ye Long?" Itu kata2 pertama Tok Nab yang tidak tahu apa2, sebaik2 dia turun dari kereta, nenek arwah sebelah ibunya terus datang dan memeluk besannta sambil menangis dan memberitahu perkara sebenarnya. Lalu meraung lah kedua2 nenek yang kehilangan cucu ini. Datang la abah arwah namun masih boleh tersenyum sambil bekata "buat apa nak menangis, biar je la...dah mati pun.." Seluruh alam yang ada kat situ terkejut dan terdiam dengan reaksi berlawanan pakcikku. Fikir mereka dia sudah kuat dan sedar dengan kenyataan dan keadaan pun menjadi mudah untuk segala urusan. Naqib, adik arwah lebih mengharukan keadaan, saat jenazah arwah dikafankan dan diletakkan di ruang depan, si adik bercakap dengan arwah.."Kak ngah, bangun la, jangan tinggal adik. Adik tak ada kawan kat rumah ni. Bangun la kak ngah.." Masing2 menangis dan memeluk satu sama lain. Ketika jenazah ingin dibawa ke tanah perkuburan, Tok Nab mulai meresah dan akhirnya meraung..."Aku nak ikut, aku nak tengok cucu aku....nanti aku dah tak dapat tengok dan jumpa dia lagi....aku nak ikut cucu aku.." Ya Allah, begitu meruntun perasaan yang hadir. Aku difahamkan bahawa Tok Nab tidak dibawa kerana dibimbangi badan dan semangatnya tidak kuat. Bukan apa, sudah lah kubur atuk kami cuma sebelah aje, kang jadi lain pulak. Upacara pengebumian berjalan lancar walaupun abah arwah sedikit bermasalah pada ketika menurunkan dan meletakkan pasir tanah kembali. Selesailah kat situ.
Pada sebelah malamnya, tahlil diadakan di rumah arwah tetapi berita yang memeranjatkan aku adalah yang memasak dan menguruskan segalanya tentang makanan tahlil adalah pakcik aku yang paling kedekut dalam dunia ni. Subhanallah...Allah hu akhbar! Inilah yang aku katakan Allah itu adil dan setiap perkara itu ada sebab untuk Dia jadikan rahsia. Dia mengambil dan memberi, tidak akan mungkin Dia memberi segalanya pada seorang hamba yang Dia sendiri ciptakan. Kalau setiap hambaNya menjadi sempurna, maka tidaklah pula Nabi Muhammad S.A.W itu menjadi kekasihNya.
Ibu arwah, drastik berubah. Dulu dialah yang paling teruk...maksud aku tentang hubungan dengan keluargaku dan nenekku. Dia meminta keampunan dari mama yang selama ini musuhnya. Sebabnya? Entah la...kurang pasti. Mungkin kerana dia tidak suka pada keakraban suaminya dengan kami semua. Tapi macamana dia nak putuskan kasih sayang suaminya pada aku kerana 27 tahun lalu, aku adalah satu2 nya cucu dalam keluarga ini. Aku yang mereka bela lebih dari segalanya...jadi mengapa perlu aku dijadikan mangsa permusuhan dan menjadi bahan untuk bergaduh? Inilah takdir dan kuasa Allah.
Berbalik pada abah arwah, pada waktu persiapan sedang dibuat untuk tahlil, semua orang sedang sibuk menguruskan dan menenangkan nenekku, pakcikku ini dilihat sedang duduk bersendirian di ruang tamu tempat dia selalu berada dengan arwah. Kebetulan pakcik aku yang aku panggil kedekut itu ( pakcik man) sudah pun menghantar lauk2 tahlil melalui anak paklang aku dan anak dia sendiri ke rumah arwah. pada waktu itulah semuanya melihat dan mendengar dengan jelas abah arwah bercakap seorang diri. "Ifa, tolong buat air abah jap ye...." kemudian dia berpaling ke arah dapur dan mungkin dia baru teringat anaknya sudah tiada dan dia mula bertanya pada sepupuku..."Mana anak aku? Eh...anak aku dah tak ada....anak aku..." Dan pada saat itulah, seluruh ahli keluarga mulai bergoncang ketahanan emosi mereka. Air mata janganlah dikira lagi baik perempuan atau lelaki semuanya mulai menangis. Bukan pemergian arwah tidak mereka terima tapi keadaan abah arwah yang menjadi kesedihan dan kedukaan kami.Sesudah tahlil, abah arwah duduk termenug depan tangga, tempat itulah arwah selalu duduk menemankan adiknnya bermain pada setiap petang.Keadaan berlarutan sehingga 2 kali tahlil dan sebelum pulang ke KL, Pak Long membawa mama dan Mak Long melihat keadaan Pak Kamal lagi.
Sebaik2 melihat mama dan Pak Long yang dah nak balik, abah arwah seakan baru sedar dan berkata "Kak...along, Ifa dah tak ada...anak aku dah tak ada ni". Pada masa itu pula sepupuku yang juga anak Pak Lang (study kat Mahsa College kat sini) balik dan menghulurkan jam tangan buat ibu arwah. Katanya itu permintaan terakhir arwah pada abahnya pada malam hari ibu yang lalu. Rupanya arwah sudah meminta pakcikku untuk membelikan jam buat ibunya dan pada waktu itu pakcikku terus meminta Fifi yang berada di KL ni untuk membelikan bagi pihaknya kerana dia tahu sepupu aku tu akan pulang ke kampung kami untuk bercuti. Dalam kewarasan yang samar, abah arwah menceritakan semuanya bahawa arwah tidak pernah meminta untuk dibelikan apa2 pun untuk ibunya selama ini dan permintaan ini pun arwah kata," ini yang last angah minta kat abah, belikan lah ibu jam tangan ye abah?" Seakan dia membaca ajalnya sudah dekat dan tahu mengenai itu. Apa lagi, banjirlah lagi rumah arwah dengan tangisan dan lautan kesedihan mereka yang ada.
Ada beberapa hal yang ingin aku tekankan di sini, kesedihan kerana kematian boleh ditangisi tapi bukan dengan raungan dan rintihan. Itu sudah pun melanggar hukum alam dan hukum Allah yang jelasnya. Kerana sudah termaktub dalam Sunnatullah bahawa setiap yang hidup pasti akan mati. Menerima qada dan qadar adalah rukun iman yang ke-6. Jadi apabila menangisi dan menolak kenyataan untuk merelakan kematian adalah menolak qada dan qadar. jadi di mana Iman kita? Bukan aku salahkan Pak Kamal kerana aku tahu jiwanya adalah sangat penyayang! Cuma kalau aku tak salah cakapla kan, keturunan sebelah mama ni kurang kuat untuk menerima dugaan dan kesusahan. Yang sebenarnya mereka tak kuat menerima kenyataan hidup kerana mereka kurang bersedia yang bermaksud ketabahan diri iaitu fizikal dan mental. Semua orang ada kesedihan, ada kepiluan, ada keperitan namun tidak dapat tidak kehidupan perlu dilalui sebaik mungkin. Allah telah menentukan untuk menguji sesiapa yang Dia inginkan mengikut kemampuan hambaNya tersebut. Jadi apabila menerima sesuatu ujian atau dugaan, tetaplah yakin, pasrah dan berserah pada Allah kerana Dia tahu bahawa kita mampu melalui apa yang Dia turunkan itu.
Buat Pak Kamal, bersabarlah menerima dugaan ini. Relakan dan lepaskan pemergian Ifa kerana yang pasti dia lebih disayangi Allah. Dia lebih aman dan bahagia di sana. Tetaplah yakin bahawa kita semua akan bertemu dia di sana juga satu masa nanti. Doakanlah kesejahteraan dia kerana doa ayah akan membahagiakan anaknya.
Mimi doakan segalanya akan kembali tenang walaupun mustahil untuk pulih seperti sediakala. Semoga Allah melindungi kita semua dan kita akan kembali menjadi satu keluarga yang harmoni. Amin.
Monday, May 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Hope to hear you all
Note: Only a member of this blog may post a comment.