Thursday, May 14, 2009

Hidup....Hanya Sesaat Untuk Tiada Lagi...

Salam buat semua...
Hidup, Kehidupan dan segalanya tentang kita yang bernama manusia ni selalu berkaitan dengan masa kerana masa itu adalah usia kita dan masa itu lah juga yang membawa kita melalui kehidupan setiap hari.
Bukan soal kehidupan semata yang akan aku coretkan kali ini tapi tentang sesuatu yang berlawanan iaitu kematian. Maaf, bukanlah aku ingin menggugat keharmonian suasana hidup kita yang sedang hidup tapi sekadar aku kongsikan perasaan yang aku lalui hari ini.

Pagi tadi (Khamis 14/5/2009) tepat jam 8.30 pagi, kami semua kehilangan seorang ahli keluarga besar kami....sepupu yang selama ini berada di mata, yang aku sendiri suapkan makan setiap kali ibunya sibuk...pergi menghadap Allah yang Maha Kuasa. Sayang...dalam usianya sudah menginjak 12 tahun, dia meninggalkan kami kerana sedikit kecuaian dan kealpaan. Begini maksudku,malam sebelumnya dia demam yang teramat panas dan tertido pada waktu yang sangat awal. kebetulan adik bongsunya juga demam lebih teruk jadi perhatian sedikit lari daripadanya dan kebetulan abahnya keluar. Pada ketika itu juga dia bangun dan ingin ke tandas, sakit perut katanya dan sebaik2 pintu tandas terkunci kedengaran bunyi orang jatuh dan ibunya terus bertanya samada dia ok dan dijawabnya ok cuma sakit perut. Selepas 5 minit ada lagi bunyi yang serupa dan betul2 pada saat itu abahnya baru memijak tangga rumah dan terus berlari ke tandas mengetuk pintu, namun sepi tiada jawapan selama 2 minit, hampir pintu tandas diumpil lalu dia membuka pintu dan abahnya masuk. Tepat2 itu juga dia terjatuh lagi dan kali ini dia benar2 sudah menghampiri ajalnya, dia tidak lagi mampu bangun melainkan muntah dengan teruk dan mukanya mulai membengkak yang teramat sangat. Meraung si abah melihat anak kesayangan longlai di depan matanya sendiri lalu dengan secepatnya anak itu dibawa ke hospital. Pak Lang dan isterinya terus bergegas ke hospital setelah abah Afifah meminta bantuan mereka. Seketika aku terdiam dan aku kira mujurlah aku tiada di tempat itu pada waktu tersebut ataupun pastilah sekarang aku yang berada di balai polis atas serangan atau kerana aku belasah nurse tersebut dengan tangan aku sendiri. Beberapa ketika maklang muda aku mula bertindak memandangkan dia juga nurse cuma berlainan bahagian dan terus memanggil doktor yang bertugas lalu si kecil di bawa ke unit ICU.....setelah koma selama beberapa ketika, tubuh kecil itu aku kira tidak lagi mampu bertahan. Abah Afifah tidak dapat menerima, lalu doktor dipaksa untuk melakukan kejutan elektrik pada dada anaknya namun sehingga akhirnya dada arwah berlubang dan ada air yang sudah keluar semuanya mengaku kalah! Tiada apa2 lagi yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan arwah. Namun aku diberitahu juga bahawa sebelum koma, arwah sempat membuka mata dan memandang sekeliling, melihat lama pada ahli keluarga kami yang bersamanya dan merenung lama abah dan ibunya juga adiknya. Kemudian dia mengukir senyum dan cuba bercakap namun bahasanya sudah pelat dan tidak jelas, yang membawa petanda dia sedang berada di hujung sakaratul maut. Pakcikku mula meraung dan memeluk anaknya yang sudah kaku tidak bernyawa lagi, memeluk dan menghalang doktor untuk menutup seluruh badan anaknya dan membantah pakcik2 ku yang lain membawanya keluar dari tempat itu. "Anak aku masih hidup, dia tak mati....aku yang kena mati dulu bukan anak aku..!" Itulah kata2 seorang ayah yang kehilangan anak. Berita yang aku terima dari Ain sedikit menggoncang ketahanan emosiku dan tidak dapat tidak, air mata mengalir laju. Sedikit terkilan kerana aku tidak dapat pulang mengiringi pengebumian Ifa kerana terikat komitmen yang amat besar dan di luar jangkaanku sebenar2nya. Nenek yang aku sayangi pada ketika Pak Long mengambil mama dan mereka yang lain pulang ke kampung pagi tadi, belum dimaklumkan tentang pemergian cucunya (kerana nenekku itu tinggal bersama mama di sini).
Sehingga saat ini aku tetap tertanya2 bagaimana keadaan Tok Nab pada saat setelah menatap tubuh kaku cucunya itu. Ya Allah, semoga nenekku itu kuat dan tidak apa2. Ain sendiri, saat memaklumkan berita ini kepada aku meraung bagai nak gila. Aku faham apa yang dia rasakan, betapa tidak, dia baru sahaja kehilangan arwah Faris (buah hati tersayang) tidak sampai 3 minggu dan tiba2 berita ini kami terima.
Sudahlah minggu lepas kami dikejutkan dengan berita tentang atuk (sebelah papa)yang kami hormati dan sayangi tidak mampu lagi bertahan lebih lama dari 4 bulan kerana kimoterapi yang dijalani setelah pembedahan akibat kanser menunjukkan kesan sebaliknya. Tersentak dan terkedu aku mendengar semua itu....tetapi atuk dan makcikku yang menjaga atuk selama ini masih tidak tahu tentang ini....(kami bimbangkan kesihatan mereka akan lebih teruk...begitu jugak nenek ku...Nek Ton.) Aku betul2 takut dan seakan2 aku jadi bodoh saat dugaan demi dugaan mendatangi ku. Dengan perasaaan yang amat longlai dan kabur, aku gagahkan jari2ku menulis dan menaip apa yang aku rasakan. Aku ingin menangis tapi seakan tersekat...memikirkan suamiku yang terlalu sibuk dengan kerja kebelakangan ini, aku jadi tidak tega untuk menitiskan walau setitis air mata di hadapannya. Lalu aku kumpulkan segala kesedihan dan kepiluan ke sudut hati dan aku lontarkan ke sini.
Sejenak, aku mula berfikir dan ingatan terhala kepada Ain, adik kesayangan aku. Tadi nada dan tutur bicaranya mendatar dan pada satu saat dia tidak lagi mampu membendung kepiluan hatinya atas kehilangan demi kehilangan ini. Lantas sekarang aku tersedar bahawa nyatalah kalau dia yang paling hiba kerana pemergian Faris tentu lebih memeritkan kerana di situlah jiwa dan perasaan nya berada, perginya Faris kerana kemalangan jalan raya membawa terbangnya semangat dan keriangan Ain. Lantas tentu lebih jerih dan perit baginya menghadapi segala ini tanpa seseorang yang selama ini berkongsi cerita suka dukanya dan orang yang akan menenangkannya jika berlaku perkara sebegini. Tentulah gelap dan kosong perasaan adikku itu.
Dan bila aku toleh ke kiri dan kanan, aku sedar yang aku masih punyai seseorang yang mendamaikan jiwa dan membuatkan aku terus tersenyum walau apapun yang berlaku.
Menerima kenyataan tentang apa yang berlaku sekarang, aku kira aku lebih banyak belajar untuk lebih menghargai apa yang ada di sekelilingku terutama tentang kasih sayang...malah aku semakin lebih menghargai setiap saat kami bersama. Aku tidak mahu merasa perasaan menyesal atau terkilan hanya setelah kehilangan sesuatu hanya kerana kebodohan sikapku.
Benarlah kata atuk dulu, "kematian sesuatu yang pasti kerana kehidupan ini sendiri adalah jalan menuju kematian, cuma masa sahaja yang menentukan dan kita perlu belajar menghadapinya serta bersedia melaluinya"
Pada saat ini aku masih lagi tersedu2 menahan tangis sedang dalam hatiku sudah terlalu berombak gelombang hiba.
Al-Fatihah buat sepupuku, SITI NADIAH AFIFAH BINTI KAMARJAN yang sudah pun diseru sebagai SITI NADIAH AFIFAH BINTI ANIZA.... Kami iringi pemergianmu dengan doa agar kau aman di sana. Amin..........

0 comments:

Post a Comment

Hope to hear you all

Note: Only a member of this blog may post a comment.